Dana Pembangunan Semula
Masjid Tok Lebai Hashim: Sumbangan Dana Pembangunan Dari Dermawan Diperlukan Serendah RM 30
‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).
Kini sebahagian masjid Tok Lebai Hashim, Bukit Minyak Pulau Pinang ini sudah tidak sesuai lagi di gunakan. Ini berikutan Struktur lama yang bakal membahayakan nanti.
Setelah dirujuk oleh pakar yang berpengalaman, pihak masjid bersetuju untuk merobohkan sebahagian dari binaan di bahagian belakang masjid tersebut.
Kemudian akan dibina semula dengan struktur pembinaan baru yang lebih baik insyaAllah.
Kos yang dianggarkan adalah sekitar Rm 1.9 Juta ringgit.
Jumlah tersebut sudah tentu sangat besar jika mereka cari sendirian. tapi ketahuilah ini bukan hanya tanggung jawab mereka semata-mata, tetapi tanggungjawab kita bersama untuk bangunkan rumah Allah seterusnya bakal menjadi simpanan kita di Akhirat kelak.
Kita harapkan mudah-mudahan dengan kerjasama para dermawan seperti anda.
Kita akan dapat memudahkan urusan ibadah saudara kita di sana insyaAllah.
Firman Allah Subhanahu wa taala:
" Perumpamaan orang - orang yang menderma (sedeqah) harta bendanya di jalan Allah, seperti ( orang yang menanam ) sebijih benih yang menumbuhkan 7 untai dan tiap - tiap untai dapat 100 biji dan Allah melipat kali gandakan ( balasan ) kepada orang yang berkehendaki , dan Allah Luas ( anugerahNya ) Lagi Maha Mengetahui " - Surah Al - Baqarah : 261
Mudah-Mudahan setiap sumbangan yang kita berikan malah di bulan Ramadan yang barakah ini akan menjadi pemberat timbangan dan menyelamatkan kita dari siksa neraka insyAllah.
Mana tahu, mungkin kecil yang kita berikan, suatu hari nanti menjadi begitu besar di sisi Allah seterusnya menyelamatkan kita dari siksaan-Nya.
(BOLEH NIATKAN UNTUK ANAK, PASANGAN, AHLI KELUARGA ATAU IBU AYAH YANG TELAH MENINGGAL DUNIA..)